Personal
Tahun baru..Dunia baru
Jan 13th
Gambar kredit kepada : Akulan3

Salam semua..
Belum terlambat rasanya aku nk ucap selamat tahun baru Hijrah & 2010, begitu pantas masa berlalu, tahun 2009 berlalu meninggalkan kita, bermakna semakin bertambah usia kita & semakin pendek umur kita ni.
Sempena tahun baru ni, pelbagai peristiwa yg telah aku tempuhi, pahit maung, manis semuanya ada, & tahun 2009 jugalah tahun di mana kesihatan aku amat merosot, namun itu semua ujian yang harus aku tempuhi.
Posting pertama dlm blog ni juga aku buat setelah blog rasmi aku yg lama mengalami masalah yg tak dpt diselamatkan lg, abih semua data & posting dlm tu, mmg cadangnya tahun ni nk tukar themes blog, tgk2 kena tukar semuanya sekali, takpe la.. blog baru..semangat baru.
Tahun 2010 ni aku amat berharap agar kesihatan aku pulih seperti biasa & tak mudah diserang penyakit, thn ni juga bermula lah cabaran hidup yg baru di mana wife aku telah berjaya menjawat jawatan sebagai seorang guru, dan ini akan menyebabkan jadual kehidupan seharian kita org berubah dgn amat ketara.
Harapan aku agar tahun 2010 ni akan lebih mematangkan aku, dlm menempuh segala cabaran hidup, dan semoga aku dan family, rakan-rakan serta seluruh umat Islam dimurahkan rezeki, dikurniakan keselamatan, dipelihara iman, dijauhkan segala bala bencana, dipayungi dgn rahmat Allah.
Wassalam…
Romzi Yusoff
Phone : 019-381 5382
Gallery : www.romziyusoff.com
Blog : http://blog.romziyusoff.com/
Email / YM / FB : romzi_yusoff@yahoo.com
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
